Saturday, February 27, 2010

Penjagaan Arnab Musim Panas


Arnab adalah haiwan yang tidak berapa tahan pada cuaca panas. Cuaca yang panas boleh menyebabkan kematian (manusia pun sama la). Oleh itu, memandangkan akhir-akhir ni musim panas, maka aku bawakan topik ni sebagai perbincangan.

Kebanyakan orang masih menyimpan arnab mereka di luar rumah (arnab peliharaan). Tetapi harus diingatkan, musim panas ni elok lah diberi perhatian lebih kepada arnab kita.

Sepertimana yang aku nyatakan tadi, arnab tidak berapa tahan panas. Kerana itu lah, arnab akan menggali lubang dan tinggal didalam lubang untuk menyejukkan badan mereka. Mungkin juga kerana itulah, arnab dinegara-negara yang sejuk mempunyai baka-baka yang berbadan lebih besar.

Arnab akan kelihatan seolah-olah mereka sedang tercungap-cungap atau bernafas laju ketika mereka panas. Hidungnya juga akan berair seperti sedang mengalami selsema. Ianya juga akan kelihatan lebih lemah dan pasif dalam kepanasan. Oleh itu, antara langkah yang patut kita ambil ialah:

1. Pastikan arnab tidak terdedah kepada cahaya matahari secara terus. Jika terdedah terlalu lama akan menyebabkab kematian. Pastikan arnab ada tempat berteduh dan sentiasa mempunyai bumbung.

2. Jika suasana terlalu panas, ikhtiarkan agar mereka akan terasa lebih dingin. Antara cara rakan saya lakukan ialah dengan spray air pada arnab. Lebih baik ditanam pokok sekeliling reban arnab untuk memastikan suasana yang nyaman.

3. Pastikan air sentiasa ada untuk arnab minum. Kadang-kadang aku suka berikan arnab makan buah. Ianya akan kelihatan lebih segar. Tapi jangan la pulak kasi makan durian.

Harap-harap tip-tip ini dapat membantu.

12 comments:

  1. kalu masih panas, pasangkan air cond direban arnab. Kalu reban ayam pun ada air-cond, reban arnab xkan xboleh...hehehe

    p/s: apa jadi kalau arnab makan durian? takut lepas ni tuan arnab xleh makan durian ke? ataupun lepas tu dia mintak tempoyak pulak ke?..hehehe

    ReplyDelete
  2. Memang terbaik pakai aircond.... tapi mampu ke beb... hahahah.

    Cuba, try, test kasi arnab makan duria... ahaks!

    ReplyDelete
  3. aq spray jer....tap x kt baby2 yg bru lahir...takot mati..hahha

    ReplyDelete
  4. saya ade rabbit jantan warne kelabu mix putih..siape yg berminat,blh emel pd sy d_wanie87@yahoo.com or call 017-9449950-Wanie

    ReplyDelete
  5. nak tanya...agora kite kna mandikan ke?

    ReplyDelete
  6. Semua jenis arnab boleh mandikan

    ReplyDelete
  7. Selamat... lepas je mandi, saya biar terbuka bumbung untuk keringkan bulu dia org. pergi jer tengok sekor dah terbeliak biji mata dah pun. :(

    ReplyDelete
  8. Nak tanya . kenapa yer arnab saya tak cabut bulu ketika hampir waktu hendak melahirkan ? tup tup dia dah lahirkan anak tanpa cabut bulu terlebih dahulu . kenapa yer berlaku sedemikian ? mohon jawab . terima kasih .

    ReplyDelete
  9. Nk tnya kalau bulu mak arnab yg di cabut tu.tersangkut kat tngan ank arnab yg baru lahir nk buat apa sbb tngan dia membengkak..

    ReplyDelete