Saturday, February 27, 2010

Penjagaan Arnab Musim Panas


Arnab adalah haiwan yang tidak berapa tahan pada cuaca panas. Cuaca yang panas boleh menyebabkan kematian (manusia pun sama la). Oleh itu, memandangkan akhir-akhir ni musim panas, maka aku bawakan topik ni sebagai perbincangan.

Sunday, February 21, 2010

Facebook Group - Sembang Arnab



Hari ini Sembang Arnab telah menubuhkan FB Group untuk mereka yang ingin berkongsi pengalaman dan pengetahuan pasal arnab. Group ini terbuka kepada semua tanpa ada sebarang sekatan tol. Oleh itu, jom join!!

Thursday, January 21, 2010

Potensi Industri Arnab


Apa yang aku perasan akhir-akhir ini, semakin ramai yang sudah mula menceburi penternakan arnab terutamanya arnab pedaging. Ramai pengusaha-pengusaha baru sudah mula menunjukkan diri malahan kini sudah ada Persatuan Penggiat Industri Arnab Malaysia (MyRPA) http://blogmyrpa.blogspot.com/.

Walaubagaimanapun, industri ini bukanlah sebuah industri yang baru. Industri ini pernah juga popular pada tahun awal 90an. Ramai penternak-penternak dahulu mula menceburi bidang ini tetapi rasanya semua (sepengetahuan aku) gagal dan tutup ladang. Apakah punca kegagalan ini? Sedangkan terbukti bahawa daging arnab sangat berkhasiat dan rendah kolestrol. Berikut adalah pandangan aku:

Saturday, December 19, 2009

Menyusukan Arnab


Kadang-kadang orang tanya aku kenapa ada arnab yang tak nak susukan anak? Susah jugak aku nak menjawab sebab aku pun tak tahu jawapannya. Tetapi apa yag aku perhatikan ialah arnab-arnab aku biasanya tak susukan anak kalau kali pertama lahirkan anak. Bukan tak nak susukan sebenarnya, tapi tak reti nak susukan.

So kalau kita tengok ibu arnab tak susukan anak, pertama sekali kita kena ajar ibu arnab tu dulu.

Monday, December 7, 2009

Jadi Bidan Arnab



Arnab biasanya lahirkan anak lepas 30 ke 32 hari (Pengalaman aku 31). Biasanya kalau first time, arnab akan lahirkan dalam 6 ekor anak. Ini mungkin sebab rahim dia masih kecik. Untuk seterusnya dalam 8 ke 9 ekor.

Sebelum arnab lahirkan anak, ianya akan mula cabut bulu untuk selimutkan anaknya. So jangan lak suspen kalau tiba-tiba tengok arnab cabut bulu.

Ada beberapa preparation kita kena buat sebelum masa arnab nak lahirkan anak.

Friday, November 20, 2009

Kahwinkan Arnab



Arnab ni memang cepat membiak. Kahwinkan saja jantan ngan betina lepas tu dalam masa 30 ke 32 hari dah beranak. Nak kahwinkan arnab ni tak susah. Biasanya arnab dalam 4.5 bulan ke 5 bulan dah boleh kahwinkan dah. Bergantung kepada saiz matang arnab. Kalau baka yang jenis besar kadang-kadang 7 bulan baru boleh kahwin.

Friday, November 6, 2009

Pengenalan Sembang Arnab



Aku dah start bela arnab masa aku umur 4 tahun lagi. Masa tu kami sekeluarga di Amerika sebab bapa aku sambung Masters di Florida. Bapa aku belikan 2 ekor arnab warna putih satu untuk aku dan lagi satu untuk adik aku (katanya la, pada hal rasanya untuk semua adik beradik). Walaupun bapa aku ada buat reban arnab, tetapi kebanyakan masanya kami lepaskan di belakang rumah je.