Monday, December 7, 2009

Jadi Bidan Arnab



Arnab biasanya lahirkan anak lepas 30 ke 32 hari (Pengalaman aku 31). Biasanya kalau first time, arnab akan lahirkan dalam 6 ekor anak. Ini mungkin sebab rahim dia masih kecik. Untuk seterusnya dalam 8 ke 9 ekor.

Sebelum arnab lahirkan anak, ianya akan mula cabut bulu untuk selimutkan anaknya. So jangan lak suspen kalau tiba-tiba tengok arnab cabut bulu.

Ada beberapa preparation kita kena buat sebelum masa arnab nak lahirkan anak.


1. Pastikan tempat selamat untuk arnab lahirkan anak. Walaupun aku ada reban, tapi pada hari arnab nak beranak, aku akan pindahkan dalam sangkar lebih kecik dan selamat. Pastikan takde lubang-lubang yang boleh anak arnab keluar. Harus ingat, anak arnab boleh terus berjalan lepas lahir so takut dia tersangkut dalam lubang atau terjatuh dari reban.



2. Sediakan bakul. Bakul ni basically untuk sarang arnab. Selalunya kalau first time, arnab akan beranak berterabur. So kita kena masukkan anak arnab dalam bakul. Tapi pastikan kita pakai sarung tangan (biasanya aku guna yang getah) untuk masukkan anak arnab dalam bakul. Sebab takut bila ibunya bau tangan manusia, dia taknak susukan anak.



3. Kasi ibu arnab makan kangkung. Boleh jadi bila ibunya dah cabut bulu untuk selimutkan anak, dia akan makan balik bulu tu. Ini kerana ibunya tak cukup makanan 'berabu'.

4. Pastikan anak-anak arnab tak sejuk. Kadang-kadang bulu ibu arnab tak cukup so kita kena tambahkan dengan kertas-kertas surat khabar yang dah dikoyak-koyakkan.

5. Pastikan ibunya menyusukan anak. Kalau boleh masa awal-awal beranak, kita kena sentiasa perhatikan samada ibunya susukan anak atau tak.

So kalau nak tau macam mana nak susukan anak arnab.... tunggu aku punya next post. Goodluck

5 comments:

  1. nak tanya...tak bau busuk ker..najis camna nak buang? just tanya pengalaman ko jerr...

    ReplyDelete
  2. Tahi arnab tak berbau sebab dia kering dan keras. Yang berbau adalah kencingnya ajer. Masa aku buat reban, aku letak zink kat bawah dan gutter kat tepi. So tiap2 hari aku cuma siram air dan semua najis akan terus dibuang. Rasanya ada gambar dalam posting pertama aku.
    Kalau penternak, biasanya diorang buat najis jatuh kat tanah terus. So air kencing terus resap masuk tanah. Tapi kena make sure tempat kering dan berbumbung takut masa hujan nanti bila basah akan berbau.

    ReplyDelete
  3. owwwhhhh... begitew eks persediaan arnab nak beranak...
    okies... nanti aku carik bakul...
    arnab iols dah setat mencabut bulu...
    peliks plak nengok pagi tadi masa nak bg makan bulu dia bersepah sepah...
    thx eks...
    sgt berguna skalik...

    ReplyDelete
  4. Tahi arnab x busuk apabila sudah biasa melahirkan ank mereka akan menjaga ank mereka.pengalaman saya arnab beranak dlmlubang kemudian ank itu mati ibu itu sendiri yg bwk keluar ank 2

    ReplyDelete
  5. Casino & Hotel - DrmCD
    Casino & Hotel Maryland · Location: 군포 출장마사지 1 Casino Drive 속초 출장샵 (Baltimore) D, Baltimore, MD 양산 출장마사지 39530 경상남도 출장샵 (410) 862-3946 · 경기도 출장샵 Location: Maryland

    ReplyDelete