Friday, November 6, 2009

Pengenalan Sembang Arnab



Aku dah start bela arnab masa aku umur 4 tahun lagi. Masa tu kami sekeluarga di Amerika sebab bapa aku sambung Masters di Florida. Bapa aku belikan 2 ekor arnab warna putih satu untuk aku dan lagi satu untuk adik aku (katanya la, pada hal rasanya untuk semua adik beradik). Walaupun bapa aku ada buat reban arnab, tetapi kebanyakan masanya kami lepaskan di belakang rumah je.



Balik dari Amerika, bapa aku buatkan satu sangkar kat tepi rumah. Rasanya lebih kurang besar 8x8 kaki dan tinggi lebih kurang 5 kaki. Dalam sangkar tu kami bela burung kenari dan bahagian tanah bela arnab. Masa tu takde masalah sangat nak beri arnab makan sebab kangkung berlambak kat tepi-tepi rumah.

Lepas lebih kurang 2 tahun, kami berpindah ke rumah lain. Kat situ bapa aku buat sangkar daripada besi yang lagi besar lebih kurang 15x10 kaki dan tinggi lebih kurang 8 kaki. Sama macam sangkar sebelum ni, kami bela burung kenari dan bahagian tanah kami bela arnab. Tapi yang lebih special sikit, dalam sangkar ni ada kolam ikan siap air terjun. Pernah jugak kami bela kura-kura dalam sangkar tu. Kira jadi macam mini zoo la lebih kurang.

Tapi bila kami dah membesar dan masing-masing pun dah mula masuk asrama, takde sapa sangat nak melayan haiwan-haiwan tu. Jadi sangkar tu pun dirobohkan dan dijadikan tempat parking kereta. Sejak daripada tu, aku pun dah tak bela arnab lagi dah sampai la aku beli rumah sendiri.

Rumah aku ni end lot, so banyak gak tanah kat tepi dan belakang rumah boleh buat macam-macam. Aku memang dah target nak bela arnab semula. Jadi tahun lepas aku pun mula buat projek bina reban arnab belakang rumah.



Tetapi berbeza sikit dengan cara aku bela arnab sebelum ni, aku study dulu hal-hal pasal arnab. Antaranya ialah jenis-jenis baka, pemakanan, sifat-sifat, pembinaan reban dan macam-macam lagi. Aku banyak study melalui internet dalam web-web tempatan dan luar Negara. Tetapi aku ada beli satu buku terbitan Mardi yang aku kira banyak membantu dalam memahami cara-cara memelihara / menternak arnab. Kalau ada sapa-sapa nak beli, pergi je kat kedai buku Mardi di Serdang. Sampai sekarang aku masih simpan buku tu buat rujukan.Tujuan aku study dulu hal-hal arnab adalah supaya aku lebih memahami pelbagai aspek baik dari segi teori dan praktikal. Jadi bila aku bela arnab nanti, dapatlah aku menjaga arnab-arnab aku dengan lebih baik.

Setelah aku berjaya siapkan reban arnab, aku tak dapat bela arnab terus sebab masa tu sibuk dengan komitmen-komitmen lain. Keluar rumah pagi-pagi, balik pulak malam. Jadi aku takut tidak dapat memberi perhatian kat arnab, terutamanya bahagian pemakanan. Pernah ada sekali jiran abang aku offer nak beri arnab dia kat aku, tapi aku tolak atas sebab ini. Tetapi kebetulan bila aku dah bersedia, jiran sepupu aku pulak offer 2 ekor arnab (dua-dua betina). So aku pun terus ambik. Seekor baka New Zealand White (nama Tom…. agak besar, tapi bukan pure breed kot) dan lagi seekor baka tempatan (nama Jerry). Nama-nama arnab ni anak aku yang kasi.





Dalam lebih kurang 2 minggu lepas tu aku pun beli seekor arnab jantan matang (nama Reff) dan 2 ekor anak arnab betina. Tiga-tiga ekor ni arnab tempatan. Salah seekor daripada anak arnab yang aku beli mati masa aku outstation kat Singapore (bini aku tak pandai jaga kot…. Ahaks!). Yang hidup namanya Tem (anak aku jugak yang namakan).

Sekarang aku ada banyak arnab kat belakang rumah. Nak kata aku ni expert hal-hal arnab, tak la jugak. Tapi banyak gak yang aku belajar melalui pembacaan, nasihat-nasihat daripada rakan-rakan penternak lain dan pengalaman sendiri. Feel bela arnab ni memang tak terkata. Kadang-kadang tu balik kerja tak masuk rumah dulu, terus pi belakang rumah tengok arnab. Ada orang kata usap arnab ni boleh jadi terapi kurangkan stress. Secara research aku tak tau la, tapi memang aku rasa ada kebenarannya.

Kesimpulan aku cerita panjang lebar ni adalah untuk berkongsi pengalaman aku dalam hal-hal arnab dalam posting-posting aku yang akan datang. Kalau ada benda-benda yang korang nak berkongsi atau tanya, boleh tinggalkan komen atau email aku.

4 comments:

  1. aku dengar arnab punye tahi busuk giler..btul ke bro?tu yg membantutkan minat aku nk pelihare arnab ni..heheh!

    ReplyDelete
  2. salam bro.. najis arnab tu dijadikan baja or biarkan begitu sahaja

    ReplyDelete
  3. Pak Cik ni Pesara... seronok juga baca posting tentang arnab ni. Pak cik sekarang baru nak start bela arnab. Harap dalam posting akan datang lebih banyak info tentang arnab...kata orang bela binatang sebagai Pets ni boleh dijadikan therapy terutamanya untuk warga tua..

    ReplyDelete
  4. sya bela arnb bru 4 bulan lebih skrg tggu si betina nk beranak..heheh..najis dia xbusuk sngt n tak truk mcm kucing..arnb bulat2 mcm kambing...

    ReplyDelete