Saturday, December 19, 2009

Menyusukan Arnab


Kadang-kadang orang tanya aku kenapa ada arnab yang tak nak susukan anak? Susah jugak aku nak menjawab sebab aku pun tak tahu jawapannya. Tetapi apa yag aku perhatikan ialah arnab-arnab aku biasanya tak susukan anak kalau kali pertama lahirkan anak. Bukan tak nak susukan sebenarnya, tapi tak reti nak susukan.

So kalau kita tengok ibu arnab tak susukan anak, pertama sekali kita kena ajar ibu arnab tu dulu.

Letakkan ibu arnab di atas anak arnab dan biarkan anak-anak arnab mencari puting ibunya. Dalam masa yang sama, usap-usapkan kepala dan badan ibu arnab supaya ianya rasa tenteram. Angkat sedikit badan ibu arnab jika terlalu rapat dengan lantai hingga menyukarkan anak-anaknya mencari puting. Setelah ibu arnab mula tenteram dan anak-anaknya telah mendapat puting, lepaskan ibu arnab menyusukan anak-anaknya sediri. Setelah memahami cara menyusukan anak, ibu arnab akan pandai menyusukan anak-anaknya.

Tetapi ada kalanya ibu arnab memang tidak mahu susukan anaknya. Ada yang hanya menyusukan anaknya yang tertentu sahaja, dan mengabaikan yang lain. Jika ini berlaku, kitalah yang terpaksa menyusukan anak arnab itu. Peralatan yang diperlukan adalah:

1. Sarung tangan
2. Botol dan straw minuman kultur
3. Susu tepung yang telah dibancuh dengan air suam


Kadang-kadang aku suka tambah beberapa titik madu (tambahkan zat agaknya). Menyusukan anak arnab memerlukan kesabaran. Letakkan setitik susu dimulut anak arnab dan biarkan dijilat-jilatkannya dahulu. Ulangi proses ini beberapa kali. Setelah anak arnab mula selesa dengan rasa susu itu, barulah disuapkan susu melalui straw. Apabila perutnya sudah kembung, tandanya sudah kenyang.

Sesetengah blog yang aku baca kata kena susukan 2 kali sehari. Tapi biasanya aku buat 3 kali sehari.

Selamat mencuba!.

9 comments:

  1. Pergh!Kalah Dr kat Pet Clinic tu...

    ReplyDelete
  2. wafi >> susu tepung ape yerk ?

    ReplyDelete
  3. tolongggggggg.....ibu arnab ney tanak kasi anak die minum...tkottt die mati.....kalo nak bagi susu tepung lak susu ape....then berape sukatan kte nak bagi....=(.....

    ReplyDelete
  4. tlg.....!arnab xnk susukan ank dia..agresif giler...da xtaw nk wat pe..lau susu tepung jenis apa eyh?

    ReplyDelete
  5. bangun tido pg td, tgk dh branak 4 ekor...takut mati juga yang n..1st beranak bln lps, 1 ekor jer..mati..dia x nak nyusu lasung..x pandai kot..

    ReplyDelete
  6. terima kasih atas tips yang diberi. Insyallah akan usahakan pada 5 ekor baby arnab yang baru kematian maknya pagi tadi...sedih lak...

    ReplyDelete
  7. Saya pon guna susu tepung sekarang dah ada 30 ekor semuanyaaaa huhu

    ReplyDelete
  8. Guna Susu Anak Kucing Pun Boleh Untuk Arnab Yang Baru Lahir... Dan Jangan Sesekali Bagi Susu Lembu Atau Mana2 susu yang ada laktosa sbb benda tu akan buat penghadaman untuk arnab / kucing tak elok dan kehilangan zat

    ReplyDelete
  9. Susu anak kucing yang di jual di mana2 kedai haiwan atau kedai mkanan haiwan

    ReplyDelete