Friday, November 20, 2009

Kahwinkan Arnab



Arnab ni memang cepat membiak. Kahwinkan saja jantan ngan betina lepas tu dalam masa 30 ke 32 hari dah beranak. Nak kahwinkan arnab ni tak susah. Biasanya arnab dalam 4.5 bulan ke 5 bulan dah boleh kahwinkan dah. Bergantung kepada saiz matang arnab. Kalau baka yang jenis besar kadang-kadang 7 bulan baru boleh kahwin.



Arnab betina lebih cepat matang daripada jantan. Arnab betina tak payah tunggu dia besar matang penuh pun dah boleh kahwinkan. Arnab betina paling subur kalau berat dia dalam 85% berat matang.

Arnab jantan ngan betina ni jangan di simpan dalam sangkar yang sama. Kena asingkan. Yang terbaik, bila dah cerai susu atau dalam 1 bulan, kita dah boleh start asingkan. Terutamanya jika adik beradik, memang la kena asingkan. Kalau tak nanti jadi sumbang mahram la pulak (in breeding). In breeding boleh menyebabkan anak arnab nanti ada masalah genetik dan boleh keluar cacat. Sebab lain kita kena asingkan arnab adalah supaya kita boleh control dan monitor bila arnab nak beranak.

Kalau ikutkan buku, tanda kalau arnab betina berahi ialah kalau kemaluan dia nampak kemerah-merahan. Aku takde masa la nak tengok benda tu, bagi aku cukup kalau kita tengok arnab tu dah mula gelisah dan hidung dia asyik dok hidu arah arnab jantan.

Nak kahwinkan pun tak susah. Masukkan arnab betina dalam sangkar jantan, beberapa minit jer (dalam 2 – 3 minit) dah settle. Nampak arnab jantan tu jatuh, tandanya selesai la tu. Tapi mungkin kadang-kadang ambik masa lama sikit sebab arnab betina kadang-kadang jual mahal. Tapi ingat, jangan pulak masukkan arnab jantan dalam sangkar betina. Arnab betina ada sifat territorial, kalau masukkan jantan dalam sangkar dia, boleh mati jantan kena belasah.

Kita dah boleh start tengok arnab betina bunting dalam masa 10 hari. Boleh rasa perut dia dan kalau ada isi, maknanya menjadi la tu. Tapi kalau dalam masa 14 hari kita confirm takde isi, boleh try kahwin kan lagi sekali. Second time takde isi gak, samada kita tukar jantan lain (jantan tu tak hensem kot) atau sembelih je buat rendang… ahaks!

Lain kali aku citer macam mana nak jadi bidan arnab.

2 comments:

  1. cner ni...nak tengok mane jantan mane betina pun xtau niii....

    ReplyDelete
    Replies
    1. arnab jantan ade bnda tergntung kt sekitar ekor betina x de

      Delete